JellyPages.com

Kul Berapa

Sunday 27 January 2013

‎~BERJEMAAH SUATU TUNTUTAN~

Bangun pagi , terus ke laptop,mp3,radio buka lagu bukan heavy,metal,mat salleh sebagai santapan rohani,dah jadi makanan rutin setiap hari.Inilah sebabnya hati jadi keras susah nak tunaikan kewajipan. Seharusnya ambil wudhuk terus sujud kepada-Nya , refreshkan iman setiap hari, kerana itu pentingnya hidup dalam jemaah ,agar ahli2,sahabat dapat menegur kita disaat kita lalai dalam kemungkaran."Banyak dalil dan hadis menuntut kita hidup dalam berjemaah, sehingga dalam solat pun dituntut berjemaah. Umpama seekor kambing yang bersendirian duduk ditengah mata-mata sang harimau". Kadang-kadang nak mengangkat selimut yang tak sampai 1Kg tu pun amatlah berat, berat lagi mataku memandang, tapi berat lagi siksaan azab api neraka Allah bagi mereka tinggalkan solat. Bermujahadahlah dalam melakukan ketaatan,ingat!! hidup hanya sekali , pulun habis amalan,pahala-pahala selagi masa masih ada ni. Kita selalu baca surah As-sajadah dalam solat subuh setiap jumaat , dalam surah ini ayat 12 menceritakan ahli neraka yang menyesal akibat perbuatannya didunia.

"Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin"(As-sajdah:12)

Ayat ini jadi pengajaran buat kita yang masih ada kat dunia ni. Apa tunggu lagi pulun jangan tak pulun.InsyaAllah

~JOM MUHASABAH DIRI~

2 comments:

  1. "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin"(As-sajdah:12)

    Nice..

    ReplyDelete
  2. Really nice entry, thank you ^^

    ReplyDelete