JellyPages.com

Kul Berapa

Friday 27 September 2013

Alhamdulillah, semua ada hikmah.

Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.

Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.

Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.

Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.

Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.

Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.

Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.

Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil
Pinjam 1 minit, baca ayat ni 

"Hasbi Rabbi Jalallah..
Maafi Qalbi Ghairullah..
Nur Muhammad Salallah..

Laa ilaa ha ilallah 3x
Muhammadur Rasullullah"

Wednesday 21 August 2013

~Doa agar Diberi Kekuatan dan Kemampuan~


اَللَّهُمَّ إِنَّا ضَعِيفٌ فَقَوِّنَا ، وَإِنَّا ذَلِيلٌ فَأَعِزَّنَا ، وَإِنَّا فَقِيرٌ فَاَغْنِنَا يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Ya Allah, sesungguhnya kami ini lemah, maka kuatkanlah kami, sesungguhnya kami ini hina, maka mulyakanlah kami, sesungguhnya kami ini miskin, maka kayakanlah kami, Wahai Yang Paling Pengasih di antara yang mengasihi.

Monday 27 May 2013

“Susahnya..” =.=


Nak jadi baik memang payah..
Kadang-kadang rasa sangat penat..
Lagi lagi nak istiQamah..

Tapi yakinlah, ALLAH ada ..
DIA nilai , DIA bantu ..
Awak kena rajin BERDOA... 

Tuesday 14 May 2013

"7 KUNCI KEBAHAGIAAN".

1. Jangan pernah membenci orang lain, meskipun mereka telah banyak berbuat salah padamu, atau merampas hak hak kamu

2. Jangan pernah merasa gundah gulana, perbanyaklah berdo'a.

3. Hiduplah tetap dalam keadaan sederhana, rendah hati, meskipun kamu berada dalam kegelimangan harta   dan kekayaan

4. Selalulah berfikiran positif, meskipun banyak cobaan yang menghadangmu

5. Husnudzhanlah selamanya untuk Tuhanmu

6.Selalu memberi lebih banyak, meskipun orang lain tak memberi kamu, meskipun kamu dalam keadaan kekurangan

7. Jangan pernah putus mendo'akan Keluargamu-saudaramu-sahabatmudalam kondisi dia tak mengetahuinya.







Wednesday 8 May 2013

.:7 Sunnah untuk diamalkan setiap hari:.

Hendaklah kita sentiasa menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari.
Ketujuh- tujuh sunnah Nabi Muhammad Rasulullah SAW itu adalah:
1. Tahajjud
Hal ini kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

2. Membaca Al-Quran sebelum terbit matahari
Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaik-baiknya membaca Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

3. Jangan tinggalkan masjid
Masjid merupakan pusat keberkatan bukan kerana muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

4. Jaga solat dhuha
Kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

5. Jaga sedekah setiap hari
Allah menyukai orang yang suka bersedekah dan malaikat mendoakan untuk orang yang bersedekah pada setiap hari.

6. Jaga wuduk terus menerus
Allah menyayangi hamba yang berwudu’. Kata Khalifah Ali bin Abu Talib r.a, “Orang yang selalu berwudu’ senantiasa akan merasa solat walaupun ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh Malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia Ya Allah”.

7. Amalkan istighfar setiap saat
Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah
Ya Allah..

Peluklah hati ini di saat aku mulai merasa gelisah,dalam penantian penuh kesabaran ini,
 kadang-kadang hatiku merasa rindu pada dia insan yang ku cintai dalam diamku…

Ya Rabb..

Biarlah kusimpul dalam setiap doa-doa dalam Istikharahku kepada-MU perasaan ini, agar kelak Engkau satukan hatinya dan hatiku yang untuk bertaut dan bersemi indah kerana Redha-MU Ya ALLAH….

Ya Rabb…

Tuntunlah Hati hambamu ini agar aku hanya mahu menerima CINTA seorang Insan yang benar-benar pilihan-MU bukan semata-mata pilihan nafsuku.




.:PERNIKAHAN:.

Ketika memutuskan untuk siap mencintai, selanjutnya kita harus bersiap memasuki pintu gerbang cinta yang sebenarnya. Ya. gerbang itu bernama PERNIKAHAN.
MENIKAH bukanlah upacara yang diramaikan gending cinta, bukan rancangan gaun pengantin ala cinderella, apalagi rangkaian mobil undangan yang memacetkan jalan.

 MENIKAH adalah berani memutuskan untuk berlabuhnya cinta, ketika ribuan kapal pesiar ...yang gemerlap memanggil-manggil……
MENIKAH adalah proses penggabungan dua orang berkepala batu dalam satu ruangan dimana kan diuji sejauh mana pembuktian cinta mereka yang sebenarnya.
Karena MENIKAH adalah proses pengenalan diri sendiri maupun pasangan kita. Tanpa mengenali diri sendiri, bagaimana kita bisa memahami orang lain…?? Tanpa bisa memperhatikan diri sendiri, bagaimana kita bisa memperhatikan pasangan hidup…??

Jika berani mencintai, Harus berani menikahi. Khususnya bagi para kaum lelaki. Jangan bisanya cuma obral janji..

Sana-sini banyak yang terlukai. Akhrnya menumpuk sakit hati.
KARENA MENIKAH sangat membutuhkan keberanian tingkat tinggi, toleransi sedalam samudra, serta jiwa besar untuk ‘Menerima’ apa yang ada dan apa adanya.

Siapa yang berani mencintai, maka harus bersiap untuk menikahi...
Bukankah dengan menikah, mereka akan disejajarkan Rasululloh SAW dengan mujahid fii sabilillah yang dijanjikan akan mendapat pertolongannya! Karena kata beliau, tiga golongan yang menjadi keharusan Allah untuk membantu mereka adalah orang yang menikah untuk memelihara kesucian diri, budak yang hendak membayar kemerdekaan dirinya, dan orang-orang yang berperang di jalan Allah. [HR Ahmad, Turmudzi, an-Nasa'i dan Ibnu Majah]



Thursday 2 May 2013

Sesungguhnya , Allah Itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

RASULULLAH SAW bersabda : " Sesungguhnya , APABILA SESEORANG HAMBA BERDIRI UNTUK SOLAT , maka , DILETAKKAN SEMUA DOSA - DOSANYA DI ATAS KEPALANYA DAN KEDUA - DUA BAHUNYA . SETIAP KALI IA RUKUK ATAU SUJUD , maka , AKAN BERJATUHANLAH DOSA - DOSANYA ITU . " 

[ H.R.Attabrani ]

Menjadi Diriku

AUZUBILLIHI MIN ASSYAITONIRAJIM, BISMILLAHI RAHMANI RAHIM.

Tak seperti bintang di langit 
Tak seperti indah pelangi, 
Kerna diriku bukanlah mereka, 
Ku apa adanya
                               "To be yourself is a greatest success."
Be Ma Selff


                                        "Be yourself cause everyone are already taken."

Siapa tahu ada ramai manusia yang tak kenal diri sendiri. Termasuklah saya. Kerana saya masih lagi dalam perjalanan yang agak panjang, tapi itu tidak menjadi masalah besar untuk dijadikan dalil. Kita sering melihat kekurangan, padahal kita ada LOCKED HIGH POTENTIAL.Belum lagi menemui kunci untuk itu. Kuncinya tidak boleh di cari. Tetapi di usahakan dan di ekspresi kan kepada semua orang. Dan terima teguran dan jika kita mampu mengubah kekurangan itu, ubahlah. Ubah. Ego itu hanya bidai di sebalik diri kita. Mak cik hidayah sering selak bidai kita menyuruh tarik bidai yang menutupi diri kita. Tapi kejap2 bukak lepas tu tutup balik. Huhh. Malu konon.Eh. Ye. Maalu sangat!

Menjadi diriku,
Dengan segala kekurangan,
Menjadi diri,
Atas kelebihan ku....


"Verily never will God change the condition of a people until they change in themselve (with their own souls)"
[ArRa'd:11]


Kita takkan jumpa dengan diri kita. Takdir kita. Dan impian kita selagi tidak membuka tirai ego. Mencari kelebihan dan tangkis kekurangan. Toleh. Tak nak tengok buruk-buruk. Setiap orang ada kelemahan. Cause everyone are Equals. Untuk terus kekal beristiqamah itu sangat perit. Tapi manisannya akan terasa apabila ia menjadi rutin. Membuka tirai ego bukan perkara yang kacang goreng. Sekali bukak mesti rasa nak tutup balik.Berubah sekali gus mungkin sukar. Kerana tidak semua orang dapat kekal dalam beristiqamah.Jadi, step by step.



Terimalah aku,
 Seperti apa adanya,
 Aku hanya insan biasa,
 Ku pun tak sempurna

Bukan hipokrit. Bukan bajet bagus. Tegurlah seseorang andai kebajetannya terlalu menyerlah jangan sampai kita makan daging saudara kita. InsyaAllah segala urusan kita akan di permudahkan.

Wednesday 1 May 2013

Sabda Nabi Muhammad s.a.w . "Barangsiapa yang ingin menyembuhkan kelemahan pandangannya (kabur/ rabun) maka hendaklah dilakukan: 

• Memandang bulan pada awal bulan, jika tidak kelihatan atau terhalang oleh awan dan lain-lain hal, lakukan pada malam kedua, juga tidak dapat, cuba pada malam ketiga atau begitu seterusnya hingga nampak kelihatan bulan itu.

 • Apabila telah kelihatan, hendaklah ia menyapukan tangan kanannya kemata dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali. 

• Sesudah itu mengucapkan pula sebanyak 7 kali doa ini: "Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan rahmat Mu ya Tuhan yang pengasih penyayang."

 • Lalu mengucapkan "Yaa Rabbi" sebanyak 5 kali.

 • Terakhir mengucapkan pula doa ini sebanyak 1 kali: "Ya Allah sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, Ya Allah sihatkanlah, Engkaulah yang menyihatkan

Saturday 16 February 2013

Sifat Bani Israil Terhadap Pemimpin Mereka

Bani Israil meminta dari Allah dan Nabi mereka agar dianugerahkan pemimpin (raja) kepada mereka, agar mereka dapat berjihad di jalan Allah. Namun apabila Allah telah menganugerahkan mereka Thalut sebagai pemimpin. Mereka mengingkarinya kerana tidak menepati kehendak nafsu mereka. Akhirnya mereka tidak turut serta di dalam peperangan, kecuali sedikit.

Kisah ini diberitakan oleh Allah di dalam Surah Al-Baqarah sebagai peringatan dan pengajaran kepada umat Muhammad, agar menjauhi sifat begini. Sayangnya sifat beginilah yang dicontohi oleh kaum Muslimin pada hari ini, hanya kerana nafsu.

Barokallahufek. Wallahualam.

FATWA SYEIKH HASSAN MA'MUN

FATWA SYEIKH HASSAN MA'MUN
apakah batasan aurat wanita yg ingin dipinang oleh lelaki?
JAWAPAN:

sebahagian para fuqaha' mengharuskan bg lelaki yg bertunang utk melihat tunangannya,dgn syarat dihadiri oleh mahramnya dan harus berkali-kali melihatnya tetapi dgn syarat dihadiri oleh mahramnya. para fuqaha' yg mengharuskan melihat tunangannya dgn dihadiri mahramnya seperti ayahnya,saudara lelakinya,bapa saudarnya dan harus berkali-kali melihatnya.pendapat ini berdasarkan hadis yg diriwayatkan oleh al Mughirah bin Syubah bahawa beliau telah meminang seorg wanita lalu nabi s.a.w berkata kpdnya:"Pergi dan lihatlah calon isterimu itu kerana hal demikian itu akn lebih menjamin keserasian antara kamu berdua"(Riwayat Tirmizi,1110) ada beberapa hadis yg para fuqaha' berpendapat dan berpegang dgn hadis tersebut,,maka harus melihat pada muka dan tapak tangannya.
sesungguhnya wajah itu menunjukkan kecantikkan dan kehodohannya,dan dua tapak tangan menunjukkan kesuburan atau tidak pd tubuhnya..wallahualam...

ps..beringat2 lah sahabat ku,,haram tidak menghalalkan cara..yg haram tetap haram,yg halal kdg2 boleh jatuh harus,syubhah,makruh dan haram....

SENYUM


.:SAHABAT:.

sahabat yang baik adalah sahabat yang menjaga aib,keburukan,kejahatan atau rahsia sahabatnya..bila dia nampak akan kekurangan sifat dalam diri sahabatnya..dia akan terima seadanya..

itulah ciri-ciri sahabat yang baik..bukan lari dari pandangan sahabatnya yang serba kekurangan itu..

apabila dia nampak dia akan tegur dengan cara yang berhikmah,bukan lari,bukan mengata,bukan mencanang2kan cerita dihadapan sahabat yang lain..

sahabat pada hari ini hanya ditemui dijalanan..

Adakah anda adalah ciri-ciri di atas?

Sunday 27 January 2013

Aku Anak Nelayan


Aku lahir sebagai seorang anak nelayan di Kampung Sabak,Kelantan. Kini usiaku sudah 22 Tahun dan sedang menuntut dalam Bachelor of Engineering Electrical Power. Saat ini, memoriku entah tiba-tiba terkenang masa lampauku iaitu masa kecilku, tempat lahirku, tempat aku bermain dan segala memoriku di kampung nelayan.

Suasana pagi di kampung nelayan riuh dengan penduduk kampung dan bunyi bot. Para nelayan mulai merapatkan bot di tempatnya dan membawa hasil tangkapannya untuk dijual dan pulang sebagai juadah untuk makan seisi keluarga.

Ayah dan ibu selalu mencegahku untuk mengikut ayahku ke laut. Mereka lebih senang melihat aku dirumah, belajar, berehat atau bermain dengan kawan-kawan. Cukup untuk ayahku sahaja yang bermandi ombak untuk bekerja mencari rezeki. Kebanyakan para nelayan disana memilih untuk membiarkan anak-anak mereka untuk belajar atau tidak tetapi ayah dan ibuku selalu berpesan untuk aku dan adik-beradik belajar bersungguh sungguh sehingga ke universiti dan jangan menjadi seperti ayah seorang nelayan. Mereka bukan memandang hina pekerjaan sebagai nelayan, tapi mereka menginginkan aku dan adik-adikku mempunyai profesion yang lebih baik dari profesion yang mereka jalani saat ini. Ini telah membakar semangatku untuk berjaya dalam hidup dan untuk mengubah kehidupan kami adik-beradik.

Melihat pengorbanan kedua ibu bapaku selama ini, dalam hati yang paling dalam, aku pun bertekad untuk merealisasikan semua impian-impian mereka padaku. Tak terasa air mataku jatuh ketika mengenang semua itu. Semua pengorbanan yang dilakukan tidak sia-sia.InsyaAllah kalau ada rezeki aku akan sambung ijazah. Aku berasa sangat bangga mempunyai ibu bapa seperti mereka. Tuhan, terima kasih Engkau telah berikan ibu bapa sehebat mereka kepadaku.

Allah Mengajarkan Cinta


Pernahkah hatimu merasakan kekuatan mencintai Kamu tersenyum meski hatimu terluka kerana yakin ia milikmu,Kamu menangis kala bahagia bersama kerana yakin ia cintamu.Cinta melukis bahagia, sedih, sakit hati, cemburu, berduka Dan hatimu tetap diwarnai mencintai, itulah dalamnya cinta

Pernahkah cinta memerahkan hati membutakan mata Kepekatannya menutup mata hatimu memabukkanmu sesaat di nirwana Dan kau tak bisa beralih dipeluk merdunya nyanyian bahagia semu.Padahal sesungguhnya hanya kehampaan yang mengisi sisi gelap hatimu Itulah cinta karena manusia yang dibutakan nafsunya

Cinta adalah pesan agung Allah pada umat manusia.DitulisNya ketika mencipta makhluk-makhlukNYA di atas Arsy Cinta dengan ketulusan hati mengalahkan amarah.Menuju kepatuhan pengabdian kepada Allah dan Rasulnya Dan saat pena cinta Allah mewarnai melukis hatimu,satu jam bersama serasa satu menit saja

Ketika engkau memiliki cinta yang diajarkan Allah Kekasih menjadi lentera hati menerangi jalan menuju Illahi.Membawa ketundukan tulus pengabdian kepada Allah dan RasulNya.Namun saat cinta di hatimu dikendalikan dorongan nafsu manusiaAlirannya memekatkan darahmu membutakan mata hati dari kebenaran

Saat kamu merasakan agungnya cinta yang diajarkan Allah.Kekasih menjadi pembuktian pengabdian cinta tulusmu.Memelukmu dalam ibadah menuju samudra kekal kehidupan tanpa batas.Menjadi media amaliyah dan ketundukan tulus pengabdian kepada Allah,Itulah cinta yang melukis hati mewarnai kebahagiaan hakiki

Agungnya kepatuhan cinta Allah bisa ditemukan dikehidupan alam semestaSeperti thawafnya gugusan bintang, bulan, bumi dan matahari pada sumbunyaTak sedetikpun bergeser dari porosnya, keharmonisan berujung pada keabadian.Keharmonisan pada keabadian melalui kekasih yang mencintaiKarena Allah adalah kekasih Zat yang abadi

Cintailah kekasihmu setulusnya maka Allah akan mencintaimu,Karena Allah mengajarkan cinta tulus dan agungCinta yang mengalahkan Amarah menebarkan keharmonisan.Seperti ikhlas dan tulusnya cinta Rasul mengabdi pada IllahiItulah cinta tertinggi menuju kebahagiaan hakiki

‎~BERJEMAAH SUATU TUNTUTAN~

Bangun pagi , terus ke laptop,mp3,radio buka lagu bukan heavy,metal,mat salleh sebagai santapan rohani,dah jadi makanan rutin setiap hari.Inilah sebabnya hati jadi keras susah nak tunaikan kewajipan. Seharusnya ambil wudhuk terus sujud kepada-Nya , refreshkan iman setiap hari, kerana itu pentingnya hidup dalam jemaah ,agar ahli2,sahabat dapat menegur kita disaat kita lalai dalam kemungkaran."Banyak dalil dan hadis menuntut kita hidup dalam berjemaah, sehingga dalam solat pun dituntut berjemaah. Umpama seekor kambing yang bersendirian duduk ditengah mata-mata sang harimau". Kadang-kadang nak mengangkat selimut yang tak sampai 1Kg tu pun amatlah berat, berat lagi mataku memandang, tapi berat lagi siksaan azab api neraka Allah bagi mereka tinggalkan solat. Bermujahadahlah dalam melakukan ketaatan,ingat!! hidup hanya sekali , pulun habis amalan,pahala-pahala selagi masa masih ada ni. Kita selalu baca surah As-sajadah dalam solat subuh setiap jumaat , dalam surah ini ayat 12 menceritakan ahli neraka yang menyesal akibat perbuatannya didunia.

"Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin"(As-sajdah:12)

Ayat ini jadi pengajaran buat kita yang masih ada kat dunia ni. Apa tunggu lagi pulun jangan tak pulun.InsyaAllah

~JOM MUHASABAH DIRI~

Warkah Buatmu


Assalamualaikum...
Apa khabar bidadariku? Semoga bakal isteriku ini sentiasa tenang berada dalam pemeliharaan Allah S.W.T. Amin Ya Rabbal alamin..
Bidadariku,
Tahukah dikau yang aku sentiasa merinduimu? Aku sentiasa berdoa agar dipertemukan denganmu kelak dan sesunggunhnya Allah itu maha adil lagi maha mengetahui. Dia telah menemukan aku denganmu.. Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini, namun aku dapat merasakan bahawa engkaulah gadis solehah yang aku cari-cari selama ini.
Sayangku,
Sesungguhnya aku amat tertarik akan keindahan akhlak peribadimu dan itu amat membuatkan hatiku berdebar saat bertemu denganmu walaupun kau sentiasa menundukkan pandangan mata. Aku masih dapat melihat terpancarnya sinar nur dari wajahmu. Aku tidak memandang pada kejelitaan.. walau kurangnya paras rupamu, aku tetap bertekad ingin menyuntingmu buat menjadi isteriku dunia dan akhirat.
Wahai bidadariku,
Aku tidak sabar untuk menjadi suamimu.. merawat luka dan menghiburkan hatimu agar dikau sentiasa bahagia dalam mencari redha Ilahi, ku juga ingin merasa belaian mesra dari mu. Kerna itu aku sentiasa berdoa agar dikau menjadi pendampingku.
Kekasihku,
Aku ingin sentiasa membisikkan kalimah-kalimah suci di telingamu.. agar dikau dapat merasakan besarnya keagungan Allah s.w.t. Ku ingin mengejutkanmu saat malam yang dingin untuk sujud menyembah Ilahi.. Aku ingin membimbingmu dan aku juga mahu agar dikau sentiasa bersedia untuk menegur segala kekhilafanku.
Buat bakal isteriku,
Redha dan terimalah atas apa-apa sahaja ketentuan-Nya. Kerana Dia lebih mengetahui.. Jika benar kau adalah jodohku dan bakal calon bidadariku, aku memohon pada Ilahi agar dipercepatkan ijab dan kabul ini agar aku sah menjadi suami yang dapat mengimamkan solatmu..
Sekian sahaja warkahku ini..
Hanya satu pesananku. Jika kau mencintaiku, cintailah aku kerana Ilahi. Kerana aku hanya manusia biasa yang tidak punya apa-apa melainkan sekeping hati yang ikhlas mencintaimu kerana Allah..
Ikhlas daripada bakal suamimu..

Saturday 26 January 2013

TakSemestinya Dia Milik Kita



0rang yang kita fikir milik kita ternyata bukan untuk kita . .
0rang yang kita sayang , mungkin akan meninggalkan kita . .
Dan mungkin perasaan sayang itu tidak lebih dari se0rang sahabat . .
Kita mungkin memilik hati dan perasaannya . .
Tetapi adakah kita memilik tubuh dan fizikalnya ?
Jadi , takmustahil dia pergi meninggalkan kita . .
Jangan terkejut saat kita sedih ,
0rang yang kita benci hadir menemani kita . .
Mungkin kita tidak pernah menyayanginya . .
Tetapi mungkin dia adalah titipan Illahi untuk mengesat kesedihan kita . .
Saat itu , ketahui lhaa . .
Tidak semua 0rang yang kita sayang akan membalas rasa itu pada kita . .
Tetapi takmustahil 0rang yang kita benci itu adalah cinta sejati kita . .
Jangan lah terlalu membenci 0rang hingga tidak menampakkan kebaikannya . .
Dan jangan terlalu menyayangi 0rang hingga takmampu melihat kelemahannya . .
Cintailah sese0rang itu dengan sederhana . .
Kerana kesederhanaan itu akan membuad kita bahagia . .

.::6 JENIS ORANG YANG MENDAPAT DOA PARA MALAIKAT::>


Allah SWT berfirman, “Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa’at melainkan kepada orang – orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya”
*(QS Al Anbiyaa’ 26-28)

1. ORANG YANG TIDUR DALAM KEADAAN BERSUCI.

 Bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci‘”


2. ORANG YANG MENUNGGU SOLAT.

 Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah salah seorang di antara kamu yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia


3. ORANG YANG BERADA DI SAF HADAPAN KETIKA SOLAT.

 Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang berada pada saf-saf terhadapan


4. ORANG YANG MENYAMBUNG SAF (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Dari Aisyah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang-orang yang menyambung saf-saf


5. KETIKA SEORANG IMAM SELESAI MEMBACA AL FATIHAH.

Dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang Imam membaca ‘ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh dhaalinn’, maka ucapkanlah oleh kalian ‘aamiin’, kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang lalu


6. ORANG YANG DUDUK DI TEMPAT SOLATNYA SETELAH MELAKUKAN SOLAT.

Dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu di antara kalian selama ia ada di tempat solat di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhu’nya, (para malaikat) berkata, ‘Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia‘”

SeNyuMaNMu.. ::)



Berdetik hatiku tika
senyuman penuh bermakna itu
kau hadiahkan buat diri
yang menumpang setitik kasih
di sudut hatimu ….

Senyuman yang penuh makna itu
bagai memberikan aku
sebuah semangat baru
bagi aku meneruskan
perjalanan hidupku ini
yang seakan hilang arah
kesan dari cinta yang lalu

Dengan penuh keikhlasan
kau lemparkan senyuman itu
ianya bagaikan madu dan racun
yang akhirnya aku menjadi mangsa
kepada sebuah senyuman
yang penuh dengan tanda tanya

Kini tiada lagi senyuman itu
kau telah pergi jauh dari hidupku
namun senyuman mu tetap
akan ku kenang
dan mungkinkah akan aku temui
senyuman yang seindah itu
yang datang hanya darimu….

kesabaran yang benar-benar diuji....



hari itu dah sabar..
kelmarin sabar...
semalam pon sabar...
hari ni pon sabar..
tadi pon sabar...
esok pon sabar lagi..
akan datang sabar lagi...
sampai bila nak sabar nieh...
oh kesabaran yang benar-benar diuji....
Allah...

.::Umpama Permata::.



Duhai kasih,
Usah bersedih lagi
Lautan cinta dan kasih ilahi
tidak pernah layu
di kunjungi gelombang ombak yang deras

Duhai cinta
andai kau berpaut pada kasih ilahi
air mata yang mengalir pasti lebih berharga
umpama permata putih
yang tetap bersinar
walau dilitupi berjuta
pepasir pantai

Duhai sahabat
aku menyayangimu
aku menyanjungi pengorbananmu
aku mengenangi perjuangan sesama kita
aku merindui gelak katawa bersamamu
aku menangisi kesedihan yang kita alami
kerna kalianlah
cinta hatiku 
hampir selama lapan tahun ini..

Ku korbankan masa untuk keluargaku
ku hilangkan masa bersama sahabat handaiku
semuanya kerana kalian
insan yang bertakhta di hatiku
yang menjadi sebuah kenangan terindah buat selamanya..

Akhirnya,
air mata itu tidak mampu ku tahan lagi
tatkala melihat 
tawa
senyuman
kalian semua..
aku niatkan pada ilahi
agar air mata yang mengalir suci itu tulus dari hati
kerna sayangnya aku pada sebuah
keluarga
kerna sayangnya aku pada sebuah
ukhwah yang tiada ternilainya....