JellyPages.com

Kul Berapa

Sunday 27 January 2013

Aku Anak Nelayan


Aku lahir sebagai seorang anak nelayan di Kampung Sabak,Kelantan. Kini usiaku sudah 22 Tahun dan sedang menuntut dalam Bachelor of Engineering Electrical Power. Saat ini, memoriku entah tiba-tiba terkenang masa lampauku iaitu masa kecilku, tempat lahirku, tempat aku bermain dan segala memoriku di kampung nelayan.

Suasana pagi di kampung nelayan riuh dengan penduduk kampung dan bunyi bot. Para nelayan mulai merapatkan bot di tempatnya dan membawa hasil tangkapannya untuk dijual dan pulang sebagai juadah untuk makan seisi keluarga.

Ayah dan ibu selalu mencegahku untuk mengikut ayahku ke laut. Mereka lebih senang melihat aku dirumah, belajar, berehat atau bermain dengan kawan-kawan. Cukup untuk ayahku sahaja yang bermandi ombak untuk bekerja mencari rezeki. Kebanyakan para nelayan disana memilih untuk membiarkan anak-anak mereka untuk belajar atau tidak tetapi ayah dan ibuku selalu berpesan untuk aku dan adik-beradik belajar bersungguh sungguh sehingga ke universiti dan jangan menjadi seperti ayah seorang nelayan. Mereka bukan memandang hina pekerjaan sebagai nelayan, tapi mereka menginginkan aku dan adik-adikku mempunyai profesion yang lebih baik dari profesion yang mereka jalani saat ini. Ini telah membakar semangatku untuk berjaya dalam hidup dan untuk mengubah kehidupan kami adik-beradik.

Melihat pengorbanan kedua ibu bapaku selama ini, dalam hati yang paling dalam, aku pun bertekad untuk merealisasikan semua impian-impian mereka padaku. Tak terasa air mataku jatuh ketika mengenang semua itu. Semua pengorbanan yang dilakukan tidak sia-sia.InsyaAllah kalau ada rezeki aku akan sambung ijazah. Aku berasa sangat bangga mempunyai ibu bapa seperti mereka. Tuhan, terima kasih Engkau telah berikan ibu bapa sehebat mereka kepadaku.

No comments:

Post a Comment