JellyPages.com

Kul Berapa

Monday 27 October 2014

## Doa Awal & Akhir Maal Hijrah ##




 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Jumaat, 29 Zulhijjah 1435H. KAU KEKASIH AWAL DAN AKHIR...
Siapa membaca doa ini pada waktu tersebut, syaitan berkata “Susah bagiku dan sia-sialah pekerjaanku pada setahun ini kerana dibinasakan dengan satu akibat membaca doa-doa ini, maka Allah mengampunkan semua dosanya...”
Siapa membacanya, sesungguhnya syaitan berkata : “Ia sudah amanlah anak Adam ini daripada aku barang yang tinggal daripada umurnya pada ini tahun kerana sesungguhnya Allah sudah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan."
PENCERAHAN :
Kalaulah kedua-dua doa ini dimakbulkan Allah SWT...Subhanallah, syaitan akan tidak ada kerja dan berhenti daripada menyesatkan manusia kerana hanya sia-sia sahaja. Sebab semua manusia sudah ada 'imuniti' dan 'protections' dari dua malaikat yang diutuskan oleh Allah untuk menjaga orang yang membacanya.
Buku kecil Majmuk Syarif yang banyak menyebutkan tentang kelebihan-kelebihan membaca doa akhir dan awal tahun ini. Berdoa ini bagus lebih baik daripada duduk melangu termenung sahaja atau mengumpat dan mencela. Namun, ruginya kalau benar amalan dan kelebihan yang dinyatakan di atas tidak bersumberkan hadis sahih dan merupakan hadis palsu sekaligus akan tertolak.
1) PENDAPAT YANG MENERIMA :
Ia adalah amalan para ulamak berkurun lamanya bukan sahaja di nusantara malahan di banyak lagi tempat di dunia ini. Bukankah molek kalau kita akhiri akhir tahun kita dengan memohon ampun atas kesalahan kita sepanjang tahun lalu, dan seterusnya memulakan awal tahun baru, dengan berdoa kepada Allah agar tahun yang mendatang dipenuhi rahmah dan maghfirah-Nya?
2) PENDAPAT YANG MENOLAK :
Asas pendapat kedua, 'Bid'ah Dholalah' (bid'ah yang sesat) adalah mengadakan sesuatu yg baru yang tiada asasnya langsung dalam agama. Jika satu ibadat itu dilakukan pada satu waktu tertentu atau hari tertentu atau bilangan tertentu tanpa ada hadis yang warid dari Rasulullah SAW maka ianya dikira sebagai bid'ah dan haram.
Jamaludin al-Qasimi di dalam Islah al-Masajid berkata ; “Doa ini adalah doa yang direka dan bukan berasal daripada Nabi Muhammad SAW. Ia juga bukan berasal daripada para sahabat, tabi'in dan tidak direkodkan dalam buku-buku musnad sehinggakan ianya tidak wujud dalam dalam buku Maudhuat (buku yang mengumpulkan hadis-hadis palsu). Doa ini hanya dicipta oleh 'Syeikh Jadi-jadian' dan ia merupakan suatu pembohongan yang sangat besar ke atas Allah dan Rasul-Nya."
Oleh sebab itu, semua amalan dan ganjaran tertentu terhadap suatu amalan mesti berdasarkan dalil daripada Al-Quran dan hadis sahaja. Ini kerana, hanya Allah sahaja yang layak menjanjikan dan berhak memberikan pahala serta ganjaran kepada hamba-hamba-Nya. Adapun kita manusia biasa ini tidak berhak mencipta sebarang bentuk ibadah dan menjanjikan sendiri ganjarannya melainkan kita hanya disuruh untuk menyampaikan apa yang dijanjikan oleh Allah dan Rasul-Nya.
Rasulullah SAW telah memberi amaran kepada mereka yang berdusta terhadap baginda dalam hadis sahih yang bermaksud ; "Barangsiapa yang melakukan pendustaan ke atas ku dengan sengaja, maka sediakanlah tempat duduknya di dalam neraka." (Hadis Mutawatir)

Ibnu Mas'ud pernah berkata yang bermaksud; "Hendaklah anda sekalian mengikuti apa saja yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan jangan anda mengada-adakan sesuatu yang baru. Sesungguhnya sudah cukup bagi anda sekalian." (sunnah-sunnah Rasulullah SAW)
Tapi kalau amalan berwakaf memang ada nasnya di dalam Al-Quran dan Hadis. Alhamdulillah... melalui ibadat wakaf dan infak fisabilillah dari para sahabat-sahabat pembaca CCUK, Pondok Balai Ilmu Pengajian Celik Al-Quran yang Ust. Kay usahakan telah hampir siap sepenuhnya. Cuma tinggal pasang karpet @ papan alas sahaja untuk keselesaan jemaah pengajian yang terdiri dari anak-anak dan warga emas. Cepat rebut 'offer terakhir' dari Allah ini sebelum pondok ini siap sepenuhnya.
Ukuran pondok pengajian tersebut ialah 24 X 36 kaki = 864 kaki persegi sahaja. Kos sekaki persegi lebih kurang RM 15.00. Jadi Ust. Kay perlukan RM 12,960.00 lagi untuk memenuhi keseluruhan ruang pengajian tersebut. Untuk itu, Ust. Kay offer wakaf RM 15.00 sahaja untuk sekaki persegi kepada para pelabur unit saham akhirat. Sebelum nyawa kita sampai di kerongkongan atau 'ghargharah'. Ketika itu amalan wakaf tersebut sudah tidak diterima Allah lagi...Walaupun berwakaf 1000 psf !
AKAUN I-TAWFIR BANK RAKYAT : 220851161506
AKAUN MAYBANK ISLAMIC : 162133298848
CIMB ISLAMIC : 7603323870

KESIMPULAN :
Ust. Kay berpendapat adalah tidak salah untuk berdoa dengan doa apapun yang baik-baik. Ust. Kay pun baca juga, cuma tak niatkan untuk dapatkan fadhilat yang pelik-pelik di atas. Wallahu a'lam - Berdoalah, bukan membaca doa. Berzikirlah, bukannya membaca zikir ! Ukay's (Ust. Hj. Kamil Sidek 0192319872)
[5:45pm, 10/24/2014] ‪+60 19-225 5855‬: Doa akhir & awal tahun ni tiada dlm sunnah nabi.. tp boleh je dibaca cuma xperlu spesifikkan sbb awal or akhir tahun..
Kalendar hijri hanya diputuskan semasa zaman khalifah umar al-khattab.. masa ni br diputuskan muharram sbg bulan pertama dlm tahun hijrah.
tarikh hijrah rasullullah ke yathrib (madinah) juga bukan pd 1 muharram (rasullullah keluar umah 27 safar & sampai di quba 8 rabiul awal)

No comments:

Post a Comment