JellyPages.com

Kul Berapa

Monday, 27 October 2014

## Doa Awal & Akhir Maal Hijrah ##




 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Jumaat, 29 Zulhijjah 1435H. KAU KEKASIH AWAL DAN AKHIR...
Siapa membaca doa ini pada waktu tersebut, syaitan berkata “Susah bagiku dan sia-sialah pekerjaanku pada setahun ini kerana dibinasakan dengan satu akibat membaca doa-doa ini, maka Allah mengampunkan semua dosanya...”
Siapa membacanya, sesungguhnya syaitan berkata : “Ia sudah amanlah anak Adam ini daripada aku barang yang tinggal daripada umurnya pada ini tahun kerana sesungguhnya Allah sudah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan."
PENCERAHAN :
Kalaulah kedua-dua doa ini dimakbulkan Allah SWT...Subhanallah, syaitan akan tidak ada kerja dan berhenti daripada menyesatkan manusia kerana hanya sia-sia sahaja. Sebab semua manusia sudah ada 'imuniti' dan 'protections' dari dua malaikat yang diutuskan oleh Allah untuk menjaga orang yang membacanya.
Buku kecil Majmuk Syarif yang banyak menyebutkan tentang kelebihan-kelebihan membaca doa akhir dan awal tahun ini. Berdoa ini bagus lebih baik daripada duduk melangu termenung sahaja atau mengumpat dan mencela. Namun, ruginya kalau benar amalan dan kelebihan yang dinyatakan di atas tidak bersumberkan hadis sahih dan merupakan hadis palsu sekaligus akan tertolak.
1) PENDAPAT YANG MENERIMA :
Ia adalah amalan para ulamak berkurun lamanya bukan sahaja di nusantara malahan di banyak lagi tempat di dunia ini. Bukankah molek kalau kita akhiri akhir tahun kita dengan memohon ampun atas kesalahan kita sepanjang tahun lalu, dan seterusnya memulakan awal tahun baru, dengan berdoa kepada Allah agar tahun yang mendatang dipenuhi rahmah dan maghfirah-Nya?
2) PENDAPAT YANG MENOLAK :
Asas pendapat kedua, 'Bid'ah Dholalah' (bid'ah yang sesat) adalah mengadakan sesuatu yg baru yang tiada asasnya langsung dalam agama. Jika satu ibadat itu dilakukan pada satu waktu tertentu atau hari tertentu atau bilangan tertentu tanpa ada hadis yang warid dari Rasulullah SAW maka ianya dikira sebagai bid'ah dan haram.
Jamaludin al-Qasimi di dalam Islah al-Masajid berkata ; “Doa ini adalah doa yang direka dan bukan berasal daripada Nabi Muhammad SAW. Ia juga bukan berasal daripada para sahabat, tabi'in dan tidak direkodkan dalam buku-buku musnad sehinggakan ianya tidak wujud dalam dalam buku Maudhuat (buku yang mengumpulkan hadis-hadis palsu). Doa ini hanya dicipta oleh 'Syeikh Jadi-jadian' dan ia merupakan suatu pembohongan yang sangat besar ke atas Allah dan Rasul-Nya."
Oleh sebab itu, semua amalan dan ganjaran tertentu terhadap suatu amalan mesti berdasarkan dalil daripada Al-Quran dan hadis sahaja. Ini kerana, hanya Allah sahaja yang layak menjanjikan dan berhak memberikan pahala serta ganjaran kepada hamba-hamba-Nya. Adapun kita manusia biasa ini tidak berhak mencipta sebarang bentuk ibadah dan menjanjikan sendiri ganjarannya melainkan kita hanya disuruh untuk menyampaikan apa yang dijanjikan oleh Allah dan Rasul-Nya.
Rasulullah SAW telah memberi amaran kepada mereka yang berdusta terhadap baginda dalam hadis sahih yang bermaksud ; "Barangsiapa yang melakukan pendustaan ke atas ku dengan sengaja, maka sediakanlah tempat duduknya di dalam neraka." (Hadis Mutawatir)

Ibnu Mas'ud pernah berkata yang bermaksud; "Hendaklah anda sekalian mengikuti apa saja yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan jangan anda mengada-adakan sesuatu yang baru. Sesungguhnya sudah cukup bagi anda sekalian." (sunnah-sunnah Rasulullah SAW)
Tapi kalau amalan berwakaf memang ada nasnya di dalam Al-Quran dan Hadis. Alhamdulillah... melalui ibadat wakaf dan infak fisabilillah dari para sahabat-sahabat pembaca CCUK, Pondok Balai Ilmu Pengajian Celik Al-Quran yang Ust. Kay usahakan telah hampir siap sepenuhnya. Cuma tinggal pasang karpet @ papan alas sahaja untuk keselesaan jemaah pengajian yang terdiri dari anak-anak dan warga emas. Cepat rebut 'offer terakhir' dari Allah ini sebelum pondok ini siap sepenuhnya.
Ukuran pondok pengajian tersebut ialah 24 X 36 kaki = 864 kaki persegi sahaja. Kos sekaki persegi lebih kurang RM 15.00. Jadi Ust. Kay perlukan RM 12,960.00 lagi untuk memenuhi keseluruhan ruang pengajian tersebut. Untuk itu, Ust. Kay offer wakaf RM 15.00 sahaja untuk sekaki persegi kepada para pelabur unit saham akhirat. Sebelum nyawa kita sampai di kerongkongan atau 'ghargharah'. Ketika itu amalan wakaf tersebut sudah tidak diterima Allah lagi...Walaupun berwakaf 1000 psf !
AKAUN I-TAWFIR BANK RAKYAT : 220851161506
AKAUN MAYBANK ISLAMIC : 162133298848
CIMB ISLAMIC : 7603323870

KESIMPULAN :
Ust. Kay berpendapat adalah tidak salah untuk berdoa dengan doa apapun yang baik-baik. Ust. Kay pun baca juga, cuma tak niatkan untuk dapatkan fadhilat yang pelik-pelik di atas. Wallahu a'lam - Berdoalah, bukan membaca doa. Berzikirlah, bukannya membaca zikir ! Ukay's (Ust. Hj. Kamil Sidek 0192319872)
[5:45pm, 10/24/2014] ‪+60 19-225 5855‬: Doa akhir & awal tahun ni tiada dlm sunnah nabi.. tp boleh je dibaca cuma xperlu spesifikkan sbb awal or akhir tahun..
Kalendar hijri hanya diputuskan semasa zaman khalifah umar al-khattab.. masa ni br diputuskan muharram sbg bulan pertama dlm tahun hijrah.
tarikh hijrah rasullullah ke yathrib (madinah) juga bukan pd 1 muharram (rasullullah keluar umah 27 safar & sampai di quba 8 rabiul awal)

Monday, 20 October 2014

## Tentang anjing pada pandangan muslim ##

HARAKAHDAILY | 20 Oktober 2014.
KUALA LUMPUR: "Ramai yang meminta saya mencoretkan sesuatu tentang anjing pada pandangan muslim," tulis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Dalam tulisan menerusi facebook semalam, bekas Mufti Perlis itu menyatakan ada yang kata anjing binatang yang dimusuhi oleh Islam dan ada yang kata perbuatan memegang anjing diharamkan oleh Islam.
"Ada pula yang kata apa salahnya kita membela anjing macam orang lain. Macam-macam lagi yang ditimbulkan. Ada yang berdasar fakta, ada berdasar emosi," tulisnya lagi di bawah tajuk 'Anjing dan isu masyarakat Malaysia' sebagaimana di bawah.
Dalam masyarakat yang rencam agama dan budaya, pelbagai perkara sensitive mudah timbul. Di zaman teknologi maklumat, bermacam sudut pandang akan muncul. Sememang inilah reality masyarakat ‘era baru’ kini yang mempunyai pelbagai dimensi dan perspective baru yang tidak dimiliki oleh generasi yang hidup dalam era yang lepas.
Ada yang kata anjing binatang yang dimusuhi oleh Islam. Ada yang kata perbuatan memegang anjing diharamkan oleh Islam. Ada pula yang kata apa salahnya kita membela anjing macam orang lain. Macam-macam lagi yang ditimbulkan. Ada yang berdasar fakta, ada berdasar emosi.
Ramai yang meminta saya mencoretkan sesuatu tentang anjing pada pandangan muslim. Dalam ruang yang terbatas ini, saya ingin sebutkan secara ringkas isu-isu berikut:
Samakan Dengan Anjing
Walaupun manusia mempunyai pelbagai latar budaya dan agama, namun secara umumnya kesemua masyarakat menganggap menyamakan mana-mana individu dan pihak dengan anjing merupakan satu penghinaan. Sekalipun masyarakat Barat ramai yang menganggap ‘a dog is a man’s best friend’ namun jika kita berkata ‘you are like a dog’ ia merupakan satu penghinaan. Jika pun ada yang memahami dengan maksud kesetiaan ataupun loyalty namun ia bermaksud kesetiaan yang membuta tuli.
Al-Quran juga menjadikan anjing sebagai satu perumpamaan yang buruk bagi golongan ulama penjilat dunia yang menjual prinsip kebenaran demi kepentingan diri. Firman Allah: (maksudnya) “Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat Kami. Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh syaitan, maka dia dari kalangan yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami angkat kedudukannya dengan (berpegang) ayat-ayat itu, tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya, dan jika Engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir (Surah al-’Araf: 175-176).
Jadi, jika masyarakat muslim sensitive apabila mereka ataupun amalan mereka dibandingkan dengan anjing, maka itu memang sepatutnya. Mereka yang membuat apa-apa provokasi dalam hal yang seperti itu memang membuat onar dan ingin menimbul permusuhan dengan masyarakat muslim tanpa sebab. Perbuatan itu merosakkan keharmonian masyarakat di negara ini.
Islam Benci Anjing?
Ada orang bertanya pula, jadi apakah Islam membenci anjing dan melarang muslim berbuat baik kepada binatang berkenaan?
Dalam al-Quran Allah menceritakan tentang anjing yang mengiring para pemuda al-Kahfi dan turut bersama mereka semasa berjuang menghadapi rejim yang zalim pada zaman mereka. Firman Allah: (maksudnya) “dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedangkan anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa amat gerun takut kepada mereka.” (Surah al-Kahfi, ayat 18).
Anjing tersebut menjadi binatang yang bersahabat dengan para pejuang kebenaran. Anjing itu lambang kemuliaan. Sesetengah riwayat yahudi menamakan anjing itu ‘qidmir’.
Sementara dalam hadis pula, Nabi s.a.w bersabda: “Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).
Betapa seorang pelacur yang buruk sekalipun diampuni dosanya oleh Allah kerana dengan ikhlas memberikan minum kepada seekor anjing. Bagaimana mungkin untuk kita menganggap bahawa Islam tidak menilai sebagai satu perbuatan yang baik jika muslim memberi makan dan minum kepada anjing?!! Jika ada orang muslim yang memberi makan kepada anjing patutlah dipuji.
Bolehkah muslim memiliki anjing?
Dalam al-Quran, Allah menyebut: (maksudnya) “Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): "Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?" bagi menjawabnya: "Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang baik-baik, dan (buruan ang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu, oleh itu makanlah dari apa yang mereka (binatang-binatang buruan) itu tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha cepat hitungan hisabNya" (Surah al-Maidah, ayat 4)
Binatang pemburu yang biasa digunakan ialah anjing. Kitab-kitab tafsir seperti Tafsir Ibn Kathir dan selainnya akan menyebut anjing sebagai pemburu utama. Juga perkataan mukallibin dalam ayat ini boleh bermaksud tuan-tuan empunya anjing seperti yang disenarai oleh al-Imam Ibn al-Jauzi ( meninggal 597H) dalam Zad al-Masir.
Ertinya, muslim memiliki anjing buruan. Demikian dia boleh memiliki anjing yang menemaninya berjalan atau menjaga keselamatan rumah seperti anjing Ashab al-Kahfi yang disebutkan tadi.
Bolehkah Muslim Menyentuh Anjing?
Ada pula yang cuba menyatakan haram memegang anjing kerana najis. Kalau kerana ia najis haram dipegang, maka haram juga seseorang menyentuh najis dirinya, ataupun anaknya ataupun sesiapa di bawah jagaannya ketika membersihkannya. Haramlah juga mereka yang berkerja yang membabitkan bahan-bahan bernajis seperti mencuci tandas ataupun darah ataupun nanah dan lain-lain. Begitu juga dengan doctor veterinar. Maka itu kesimpulan hukum yang cetek. Maka TIDAK HARAM menyentuh anjing.
Najis boleh disentuh tetapi hendaklah dibasuh apabila kita hendak beribadat ataupun berurusan dengan masyarakat. Menyentuh anjing yang kering sepakat ulama tidak najis. Menyentuh anjing basah khilaf pendapat dalam kalangan sarjana. Mazhab Syafie agak tegas dalam hal ini. Namun, pendapat-pendapat mazhab lain lebih luas dan mudah. Sebahagian fuqaha hanya membataskan najis anjing itu hanya jilatannya kerana itu sahaja yang disebut dalam hadis : “Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah” (Riwayat al-Bukhari).
Mazhab Malik bin Anas pula paling longgar dan luas berhubung dengan anjing.
Memelihara Anjing Dalam Rumah?
Adapun memelihara anjing dalam rumah tanpa sebab adalah tidak digalakkan oleh Islam. Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang memelihara anjing kecuali anjing buruan ataupun ternakan (menjaga ternakan) maka berkurangan pahalanya setiap hari sebesar qirat (Bukit Uhud)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Berdasarkan hadis ini, maka sekurang-kurangnya memelihara anjing tanpa sebab yang disebutkan berada pada hukum makruh. Ada ulama yang mengharamkan. Namun hadis di atas tidak menyebut dosa, tetapi pengurang pahala sahaja. Maka, hukum makruh dipilih oleh sebahagian fuqaha. Hikmahnya, mungkin atas beberapa sebab yang berkaitan kerohanian dan kemasyarakat.
Islam menyuruh kita mengalukan tetamu. Bukan semua orang suka dengan anjing. Baunya dan juga salakannya boleh menakutkan sesetengah orang. Sesiapa yang pernah pergi ke rumah pemelihara anjing, atau menaiki kenderaan yang ada anjing dia akan tahu baunya yang bukan semua orang dapat bertahan. Salakan anjing dan bulu-bulu di sana-sini bagaikan tidak mengalu-alukan tetamu. Sedangkan Islam agama kemasyarakatan dan hubungan baik antara jiran, saudara-mara dan sahabat handai.
Dari segi keselamatan dan kesihatan juga mempunyai kemerbahayaannya. Gigitan anjing, najis serta jilatannya merbahaya. Banyak research yang telah dibuat tentang hal ini. Apabila Islam cuba mengelakkan bahaya anjing yang dipelihara dalam rumah dengan melarang penganutnya berbuat demikian, bukan itu bererti penindasan terhadap anjing. Betapa banyak binatang yang manusia elakkan dari menghampirinya kerana kemerbahayaannya. Itu semua bukan bererti penindasan atau kekejaman!
Dalam hadis tadi, Nabi s.a.w: “Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah”. (Riwayat al-Bukhari).
Untuk mengelakkan jilatan anjing yang sentiasa menjelir lidah, yang dianggap najis dari segi agama dan juga bahaya dari segi scientific maka Islam melarang untuk kita memelihara anjing di dalam rumah tanpa alasan yang diizinkan.
Maka ini ringkasan yang sempat saya coretkan petang ini berhubung dengan sisi pandangan nas-nas Islam berkaitan dengan anjing.

## Hukum Meyentuh Anjing ##


Saya rasa tangan yang menyentuh dan membelai anjing tanpa sebab itu jarang menyentuh Al-Quran, jarang dibasahi dengan wuduk, jarang menekap ke bumi semasa dahi di tempat sujud, jarang menadah tangan memohon ampun Ilahi, jarang membelai anak anak yatim, jarang bersalam dan menyantuni alim ulamak, atau mungkin (Allah sahaja yang mengetahui) langsung tangan itu tidak pernah melakukan semua di atas, Wallahu a'lam... inilah manusia akhir zaman yang lalai dan gagal memahami matlamat menjadi khalifah Allah di muka bumi. Wallahulmusta'aan.
●Ustaz Hafizal Al Jaraqi●





Sunday, 19 October 2014

Tentang hukum memegang anjing, semua sedia maklum, bahawa ia merupakan najis mughalazah yang perlu di samak apabila menyentuhnya segaja atau tidak mengikut pandangan mazhab syafie, tetapi apakah agenda disebalik program yang digerakkan oleh Islam liberal itu? sengaja membangkitkan sensitiviti umat Islam? hanya semata2 utk mengajar supaya menyayangi binatang anjing itu? apakah agama yang indah ini mengajar agar ummat ini mengajar begitu? saya melihat ada agenda Islam liberal yang sedang dirancang utk merosakkan ummat ini.. pihak berkuasa, jika kalian tidak mengambil tindakkan kepada penganjur program ini, saya bimbang untuk masa depan ummat ini!! berbuatlah sesuatu agar mereka tercelik mata!!!







## Ujian daripada Allah swt ##

Berat mata memandang berat lagi.bahu yang memikulnya...mmg sukar bagi kita untuk menerima kegagalan berulang kali...sukar bagi kita untuk tidak mempamerkan rasa sedih dan kecewa...sedih sehingga kita rasakan amat putua asa...lebih-lebih lagi bila.kita mengenangkan kedua ibubapa dan keluarga yg.menaruh harapan yg sangat tinggi...
Sebenarnya...kita masih ada peluang lagi untuk membetulkan segala kesilapan cuma mungkin jalan itu belum nampak akibat rasa putua asa yg tidak dapat dibendung...

percayalah dik masih ada lagi harapan..jgn jadikan ini kelemahan yg menyekat kejayaan...dugaan ini sememangnya banyak dalam hidup..hidup ini kan komplek..tiada jln mudah untuk berjaya...
Dugaan yg dilalui akan mnjadikan kita lbh matang...

Hidup akk menghampiri.40 thn,terlalu banyak dugaan yg dilalui ..pahit mania,suka duka dlm kehidupan mnjadikan akk jadi lebih kuat dan sabar..

Akk mampu ketawa saat akk sedih,akk mampu tersenyum saat akk.sakit,akk mampu mengembirakan org lain walaupun dalam keadaan akk hampir putus asa..

Adik,
Maaih ada lagi ruang,masih ada lagi peluang..cuba lagi jgn terlalu putus asa..mohon maaf pada ibu bapa..ingat pesan akk dahulu..BANGKIT dgn semangat yang membara..berjuang demi diri..Allah tidak akan mengubah nasib hambaNYA kecuali hamba itu yg mengubah nasibnya...
Sujudlah dik..jgn ditangisi...mohon petunjuk agar.diberi.jalan...menangis itu perlu tetapi jangan meratapi perkara yg lalu....akk yakin kamu boleh...
Senyumlah walau pahit,senyumlah walau.lara,senyumlah walau hampa dan kecewa...
Ikhlaskan agar segalanya berlalu dengan hati yg terbuká...

Bagaimana nak kuatkan semangat jika kita sudah tidak mampu nak hadapi dugaan yang Allah beri ?
Untuk memberikan motivasi supaya kita kuat semangat menghadapi ujian yang di berikan oleh Allah SWT. Sila lihat jawapan itu telah di berikan oleh al-Quran iaitu :  Terdapat sembilan persoalan yang sering dikemukakan oleh manusia kepada Allah SWT. dan Dia menjawannya di dalam al-Quran. Daripada sembilan soalan ini melahirkan sembilan sifat orang mukmin terhadap ujian Allah SWT.
Soalan pertama : Kenapa aku diuji?
(Sifat pertama : Bersabar dengan ujian Allah SWT)
Quran menjawab : "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja
mengatakan , kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar , dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut  ayat 2-3).
Setiap ujian yang ditimpakan oleh Allah SWT. kepada para hamba-Nya sebenarnya Dia ingin mengurniakan sesuatu ganjaran yang lebih besar dan lebih baik. Allah S.W.T. akan menghapuskan dosa-dosanya dan memberi ganjaran pahala yang besar. Di hari akhirat nanti tidak ada balasan yang lebih baik melainkan mendapat balasan syurga.
Soalan kedua : Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
(Sifat kedua : Reda dengan qadak dan qadar Allah SWT, menyakini sesuatu ketetapan Allah SWT adalah baik belaka dan mengandungi hikmah)
Quran menjawab : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui". (Surah al-Baqarah  ayat 216)
Seungguhnya sesuatu perkara itu hakikat sebenarnya Allah Maha Mengetahui. Baik atau buruk sesuatu perkara itu ianya adalah di dalam ilmu Allah SWT. Yakinilah jika sesuatu doa atau hajat tidak ditunaikan-Nya ada sesuatu yang lebih baik akan diberi Allah SWT sebagai penganti apa yang kita hajatkan. Jika tidak dapat di dunia, nanti di hari akhirat Dia akan memberkannya kepada kita, oleh itu berbaik sangkalah kepada-Nya.
Soalan ketiga : Kenapa ujian seberat ini?
(Sifat ketiga : Menerima dugaan Allah SWT dengan fikiran positif dan tenang ketika menghadapi ujian daripada Allah SWT)
Quran menjawab : "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya".(Surah al-Baqarah ayat 286)
Allah SWT. Maha Mengetahui kemampuan kita sebagai hamba-Nya yang kerdil, oleh itu apa sahaja yang berlaku keatas diri kita sebenarnya masih dibawah kemampuan kita untuk menghadapinya. Anggaplah sesuatu ujian itu dengan fikiran yang positif dan cubalah renungkan bahawa terdapat orang lain yang lebih berat menghadapi ujian daripada kita maka dengan itu akan terasa beban yang ditanggung akan menjadi lebih ringan.
Soalan keempat  : Kenapa kita rasa kecewa?
(Sifat keempat : Tidak pernah merasa lemah dan bersedih hati sebaliknya merasa diri ini mulia disisi Allah SWT sebagai orang mukmin)
Quran menjawab : "Janganlah kamu bersikap lemah , dan janganlah pula kamu bersedih hati , padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya , jika kamu orang-orang yang beriman". (Surah Ali Imran  ayat 139)
Yakinlah sifat orang mukmin tidak akan rasa kecewa atau putus asa kerana orang mukmin akan sentiasa reda dengan qadak dan qadar. Jika kita merasai kita mulia di sisi Allah SWT. kerana kita orang yang beriman dan bertakwa maka akan hilang perasaan negatif ini.
Soalan kelima : Bagaimana harus aku menghadapi kesusahan ini?
(Sifat kelima : Menjadikan sifat sabar dan sentiasa mengerjakan solat sebagai pakaian atau amalan hariannya)
Quran menjawab : "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat , dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk". (Surah al-Baqarah ayat 45)
Benarlah saranan Allah SWT. bahawa sifat sabar dan sentiasa mengerjakan solat wajib dan sunat akan membantu orang mukmin ketika dia menghadapi ujian dan kesukaran dalam hidup. Dia akan melapangkan fikiran kita dan melepaskan

Inilah pesanan daripada kakak angkat saya apabila saya luahkan segala masalah yang saya hadapi.Bila mendengar nasihat ini,hatiku tersentuh dengan ayat-ayat ini.Selepas membaca semua ini,baru diriku ini sedar dan bersemangat sedikit..

Friday, 17 October 2014

Soalan kepada yang bergelar MANUSIA





"Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.(3)- [Al-Qur'anul Karim; Surah Al-'Asr (103) ayat 1-3)]

InsyaAllah..hanya tinggal 2 bulan lebih daripada sekarang, tahun 2014 bakal ditinggalkan.Angka 2015 pula bakal menjelma


Namun sedarkah kita...bertambahnya tahun itu bermakna sudah semakin dekat kita dengan penghujung zaman


Firman Allah swt;

"Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya, sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya." [Al-Anbia,ayat 1]


Tujuan hidup manusia itu menyembah Allah  dimuka bumi ini?


Tujuan hidup manusia bagi Allah itu hanya untuk menyembahNya

Tujuan hidup manusia adalah untuk beribadah (menyembah) kepada Allah SWT,Sang Maha Pencipta
sebagaimana difirmankan Allah dalam Al- Qur’an Surat Adz-Dzaariyaat ayat 56 yang berbunyi:

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku” 

dan Surat Al-Baqarah ayat 21 yang mengatakan

“Hai manusia, sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelummu, agar kamu bertaqwa”.

Selain itu, manusia diberi kepercayaan oleh Allah SWT untuk menjadi khalifah (pemimpin) di muka bumi.Tugas kekhalifahan ini terpatri dalam Al-Qur’an Surat Al-Baqarah ayat 30 yang berbunyi: 

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: ‘Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi’…

Sembah disini bererti mempersembahkan diri dan hidup kita untukNya
Sembah disini mengabdikan diri kita sebagai insan manusia ciptaanNya
Sembah disini menuhankan DIa sebagai satu satunya Tuhan.
Tidak Ada Tuhan selain Allah
Tidak ada Tuhan yang layak aku sembah selain Allah

Sembah bererti pula mencintai dan mendahulukan Jadi tak ada yang lebih dicintai dan didahulukan selain Allah Cara sembah itu dengan sembahyang atau solat
Solat berbentuk sembah adalah salah satu ibadah yang utama dalam penyembahanNya

Jadi penyembahan Allah tadi terlaksana dalam kumpulan ibadah padaNya Ibadah ialah segala sesuatu bentuk penyembahan atau persembahan kebaikan (baik dari perkataan, akhlaq, sifat,
sikap, perbuatan, pikiran, amal, usaha, zikir dan doa, harta, uang, diri, jiwa dan sebagainya)
 yang ditujukan pada Allah, karena Allah dan untuk Allah, semata-mata mengharapkan redha Allah,
sang  PenciptaNya dengan keimanan, niat dan dimulai dengan membaca bismillahirrohmanirrohiim
sebagai suatu sembahan, rasa syukur, takut dan tunduknya manusia dan sebagai tumpuan harapan untuk meminta sesuai ayat 5 surat alfatihah,

"Kepada Engkau Ya Allah kami menyembah dan kepada Engkau, kami memohon pertolongan"

Ibadah itu mendapatkan pahala dari Allah, AmpunanNYa, RedhaNya,SurgaNya dan KebaikanNYa




Dengan Nama Allah swt.

Aku hanyalah insan yang hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman.Aku perlukan teguran,nasihat dan doa yang berpanjangan dari kalian.

Sesungguhnye aku menulis disini tujuan utama adalah untuk memperingatkan dan menasihatkan diriku sendiri,Kala aku menulis,mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku.Maka,bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini balik untuk baca kembali ape yang aku tulis selama ini.

Ambillah mana yang baik dan tinggalkanlah yang tidak bermanfaat.Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita...Amin..

Sudah lama aku tidak menulis disini,betapa rindunye aku dengan semua ini..